Majlis Perpisahan Pn. Rizana Binti Ab. Aziz

Tarikh: 15 Mac 2018
Masa: 3.00 - 5.00 Petang
Tempat: Restoran Udaimatunnur, Bukit Beruntung.

Pn. Rizana binti Ab. Aziz merupakan seorang guru yang telah lama berkhidmat di SMKDHK. Namun, atas dasar keperluan perkhidmatan beliau telah ditukarkan ke SMK Sg. Choh pada awal Januari 2018. Oleh itu, pihak MGKT dengan berbesar hati telah menganjurkan jamuan makan untuk meraikan Pn. Rizana sebagai tanda penghargaan atas jasa yang telah dicurahkan. Terima kasih Pn. Rizana bt. Ab. Aziz. Jasamu tetap dikenang...























Comments